Nama saya linda. Umur baru 23 tahun. Saya da berkahwin. Anak da 3 da.
Mesti korang terkejutkan, umur baru 23 tahun tapi anak da 3. Saya berkahwin selepas SPM dengan pilihan hati saya. Umur kami sebaya. Masa baru-baru nak kahwin, keluarga mertua saya memang halang perkahwinan kami. Ye la mesti la dorang fikir suami saya patut sambung belajar dulu, carik keje yang elok dulu. Biasa la ibu bapa mana yang tak fikirkan masa depan anak kan. Saya faham.
Tapi suami saya ketika itu agak keras kepala. Perkahwinan diteruskan jugak. Kami buat kecil-kecilan. Kami buat doa selamat sahaja. Akibatnya suami saya dibuang keluarga, suami saya nampak macam tak kisah, tp saya tahu suami saya sedih. Ye la siapa yg tak sedih bila dibuang keluarga.
Lepas kami berkahwin, kami tinggal bersama-sama keluarga saya. Kehidupan selepas berkahwin amat perit. Suami terpaksa kerja bersungguh-sungguh utk sara kehidupan kami. Suami pernah kerja sebagai buruh, kerja di KFC sg,chua, kerja pemasangan air-cond.
Sebulan perkahwinan kami, ada zuriat dalam rahim saya. Allah je yg tahu perasaan saya ketika itu. Happy sangat-sangat. Dan benar la kata orang anak ini pembawa berkat dan rezeki. Ibu mertua saya mula menerima saya sebagai menantu dan anak dalam kandungan saya. Allahuakbar. Ini salah satu nikmat Allah yg tidak ternilai dalam hidup saya.
Setelah melahirkan bayi pertama saya, suami dapat tawaran belajar di kolej antarabangsa teknologi cybernatic(KTAC). Suami tak nak sambung belajar,tapi mak mertua suruh jugak. Saya pon benarkan suami sambung belajar. Siang suami belajar,malam bekerja. Sedih sangat tgk suami bersusah payah untuk menyara kami bertiga. Rasa kurang sikit bebanan kami bila mak saya dan mak mertua saya membantu kami dari segi kewangan.
Habis belajar suami bukak kedai burger. Time tu anak da 2, dan nak masuk tiga da. Hehehe lajukan. Alhamdulillah rezeki Allah. Setelah susah payah saya dan suami mengusahakan kedai burger sehingga ramai yg kenal,abg ipar saya nk amik kedai burger yg kami suami isteri usahakan dgn titik peluh kami. Apakan daya kami. Suami terpaksa bagi kedai burger kepada abg ipar saya. Sedih tgk suami time tu. Tapi saya yakin yang Allah akan sediakan yg terbaik utk kami. Ketika saya ingin melahirkan anak kami yg no tiga, alhamdulillah suami dapat tender kafeteria stesyen janaelektrik putrajaya. Alhamdulillah rezeki anak kami.
Ok la nk cite pulak macam mana saya bole join shaklee. Saya tgk FB ramai kawan-kawan saya yg da join shaklee. Tgk cara dorang update status tergerak hati rasa nk cuba product shaklee iaitu set sliming. Saya terbaca salah satu kawan saya update status tentang sliming set iaitu siti khairulnisa (ecah). Best tgk cara die update tentang set sliming. Saya pon terus whatsapp ecah utk tahu harga dan product yang mana bagus dgn bajet yang saya ada.
masa tu sy ckp sy pikir dulu.
Mmg sy sekadar bertanya..n belum terbukak hati sepenuhnye utk beli atau jadi ahli..aturan allah indah.saya kemudian di 'approach' oleh kwn sy utk jd ahli di bawah dia..yg merangkap anak shaklee kepada ecah..
Ye saya tak jadi ank shaklee ecah tp sy jd cucu dia! Masih bersangkut paut. Makin panjang la ukhuwah kami asbab shaklee :)
Event pertama saya dalam shaklee ialah event iftar master hafsah. Master hafsah ni walaupun kaya tp tak sombong. Baik,mesra sgt. Event yang kedua saya pg atas anjuran master laila. Tu pon mcm berat sgt nk pg sbb upline saya dan sideline saya tak dapat join event ni. Da la tak kenal sesiapa kt sana. Umi shaklee saya suruh pg je sebab nanny shaklee saya ada. Mula-mula segan nk jumpe nanny shaklee saya. Ye la da la tak kenal langsung, jumpa pon tak pernah. Tapi fikirkn saya nak berjaya, saya perlu atasi perasaan segan tu. Akhirnya saya pujuk suami saya utk pg jugak event tu. Haa kat situ la permulaan perjumpaan saya dgn upline saya merangkap nanny shaklee saya kak tiera. Orangnye baik,tak sombong,peramah dan mesra. Sejak kenal dgn kak tiera semangat saya utk berjaya semakin berkobar-kobar. Saya nak berjaya macam kak tiera. Saya belajar cara update status,berblog(haa ni nanny shaklee saya iaitu ecah yg ajar) dan amalan-amalan rohani.
Sebut pasal amalan rohani, dulu sebelum saya kenal shaklee,kenal upline dan sideline saya, saya mmg jarang sangat solat. Solat pon bila rajin je. Kadang-kadang solat sekejap je pastu lama tinggalkan. Alhamdulillah setelah join shaklee amalan rohani saya terjaga. Solat 5 waktu terjaga. Sekarang tgh consistent solat sunat tahajud dan solat sunat dhuha. Alhamdulillah.
Setelah sebulan saya serius dgn shaklee yeaaah saya dapat bonus. Masa tu happy sgt. Bersyukur sangat. Alhamdulillah. Bonus pertama saya Rm 22.80. Sikit ek? Tapi tak pe. Mentor saya ckp walaupon jumlah sikit tapi kita kena bersyukur. Insyaallah Allah akan tambah lg. Saya percaya ;)
Untuk bulan november saya jadi lagi bersemangat. Saya yakin saya bole buat lagi baik. Permulaan yang baik utk bulan nov. Alhamdulillah saya dapat customer bukan seorang tapi dua orang dalam satu malam. Alhamdulillah happy sgt2. Bersyukur sgt.
Mentor saya pesan buat shaklee kena ikhlas, jangan fikir duit semata. Betulkan niat utama kita nak bantu lebih ramai orang diluar sana.
Apa yang saya nak sampaikan sebernanya ialah amalan rohani saya da semakin sempurna sejak join shaklee. Dgn ada nya group secret hope,emerald dan sparkle amalan rohani saya semakin baik ats nasihat-nasihat family shaklee saya.
Saya sayang family shaklee saya. Terima kasih ya Allah kerana temukan saya dan family shaklee saya. Sayang korang semua. Dan tak lupa jugak saya serius bershaklee ni sebab saya nk bahagia kan keluarga saya. Anak-anak dan suami. Tak lupa jugak mak ayah saya dan mak ayah mertua saya. Saya nak balas jasa mereka. Saya nak bahagiakan mereka.
Haa ni la family saya. Comel kan buah hati saya. Macam mama dorang kan..hehehe gurau je. ;)
Haa ni la bonus pertama saya. Saya bersyukur sangat dgn rezeki yg Allah bagi.
Saya bersama-sama upline dan sideline di event iftar master hafsah. Master hafsah ni peramah. Mesra sgt
Haa ni saya bersama dgn nanny saya kak tiera dan ank shaklee kak tiera iaitu aimi. Kami di event mega raya master laila. Master laila ni salah satu mentor saya. Orang nye pon peramah.
Haa ni family saya. Kami di event mega raya master laila. Best shaklee ni sbb setiap event atau latihan bole bawak anak-anak.
Dan ni mentor dan nanny shaklee saya kak tiera. Comel kan orangnye. ;)
chayok2 linda....:)
ReplyDeleteTenkiu azuwa ;)
ReplyDeleteSemoga berjaya d shaklee linda... teruskan usaha mu. Kita semua bermula dengan 0 dan in shaa Allah HERO 2 be...
ReplyDeletesemoga berjaya linda...kita sama sama usaha yer...insyaallah ALLAH SWT akan permudahkan...
ReplyDeleteTenkiu mamaDhiah dan lynn hamzah mendoakan saya..insyaallah sama-sama kite berjaya dunia dan akhirat...sayang semua
ReplyDelete