Thursday 6 July 2017

Antara false contraction dan true contraction

Ada kes ibu keliru dengan labour palsu dan benar. Kat sini misi cuba terangkan secara ringkas dan bagi senang faham.

False labour atau istilah lain yang biasa disebut adalah "braxton hicks" ni sakit yang datang kejap-kejap je. Biasa dalam sehari lebih kurang sekali atau 3 kali saja. Kekerapan sakit bukan 5 minit sekali.

Abdomen ibu akan menegang, mengeras untuk tempoh yang paling lama pun anggaran masa 20 minit. Lepas tu sakit akan hilang. Dan kalau berulang pun lepas tempoh sejam kemudian atau lebih.

True labour pula adalah kontraksi uterus yang tetap, berirama, konsisten dan kekerapan yang berulang kali dalam tempoh setengah jam yang pertama.

Istilah berirama ni bukan lagu ya  😄😄. Kontraksi yang datang akan jadi tetap dan berulang ulang. Ada kes ibu turun darah dan air serentak dengan kontraksi.

Abdomen ibu akan menegang dan mengeras secara konsisten dari bahagian ari-ari /pubis atau juga sakit bermula dari pinggang bawa ke bahagian abdomen ibu.

Sebagai contoh, ibu mula sakit kontraksi bermula jam 6 pagi. Setengah jam yang pertama bermula jam 6 pagi hingga 6.30 pagi ibu pantau berapa lama kontraksi dirasai. Jika dalam tempoh setengah jam tu sakit datang setiap 5 min ke 10 min sekali hingga habis masa setengah jam yang pertama, itu lah tanda nya ibu berada dalam keadaan true labour.
Maksud di sini dalam tempoh 30 minit ibu rasa kontraksi lebih dari 2 hingga 3 kali. Ibu boleh terus ke hospital untuk pemeriksaan.

Tambahan kalau dah turun air ,lendir bercampur darah,walaupun ibu tak sakit tetap perlu pergi hospital ya.

Harapnya ibu dapat faham sedikit sebanyak tentang kontraksi uterus yang benar dan palsu ni ya.

Anak lelaki linda memang merasa false contraction ni. tu yang duduk 2 ke 3 hari kt hospital.. doktor takot nk bg balik sbb takot ape2 jadi kat rumah.

sakit contraction hanye terjadi 20 minit sekali rehat kejap dalam sejam lebih..

Jadi preggy kali ni kene alert tentang sakit contraction ni.. tak nak tertipu dah.. huhuhu

So mummy,ibu,mama,umi alert ye tentang sakit contraction ni.

(kredit to misimunyalkurma)

Friday 16 September 2016

Set sendi Shaklee - sayangilah sendi kita

Assalamualaikum semua..
Pernah tak tibe2 anda mengalami sakit pinggang ke bahu ke bila lama buat kerja? Mesti korang akan cakap "dah mcm orang tua je aku ni". Kan? Haa salah tu apa yang korang pikir. Bukan orang tua je yang kene penyakit sendi ni tau. Kita yang muda remaja ni pun akan mengalami sakit sendi jika tdk jaga.

Fakta Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan penyakit berkaitan sendi :

~ 1 dari 3 rakyat Malaysia terutamanya wanita berisiko mendapat Osteoporosis
~ 50% dari kejadian patah tulang selepas umur 50 tahun adalah disebabkan Osteoporosis
~ 1 dari 1,000 kanak-kanak di Malaysia berisiko mendapat Radang Sendi ( Rheumatoid Arthritis, RA )
~ Risiko penyakit RA menyerang wanita 3 kali ganda dari lelaki
~ 52% pesakit RA di Malaysia tidak dapat kembali bekerja kerana kecacatan disebabkan tidak dapat rawatan awal
~ 42% pesakit RA adalah berumur di bawah 50 tahun

Punca sakit sendi

1) Kemalangan - boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakitan sendi.
2) kecederaan disebabkan bersukan,mengangkat bende berat atau pergerakkan berlebihan.
3) faktor usia - semakin berusia semakin berkurang kepadatan otot dan kusyen sendi.
4) faktor berat badan - jika berat berlebihan ia boleh memberi tekanan pada sendi dan menyakitkan.

Antara sakit berkaitan sendi

1) penyakit auto imun seperti Rheumatoid Arthritis (RA) dan Lupus (SLE)


2) Gout

3) Osteoporosis




4) Tendinitis

5) Penyakit berjangkit seperti influenza,hepatitis dan rubella.

6) Osteoarthritis


Tanda2 sendi tidak sihat



Tips penjagaan kesihatan sendi

* Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah
* Kawal berat badan supaya tidak melebihi berat normal.
* Makan makanan yang baik utk sendi antaranya;
- glucosamine - membantu pembentukan kartilaj.
- kalsium dan mineral
- omega guard 3 - bersifat anti radang.
- vitamin D - meningkatkan penyerapan kalsium
- vitamin C - bersifat anti oksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi

Antara cara rawatan utk sakit sendi ni adalah doktor akan bagi ubat sapu jika sakit semakin teruk doktor akan bagi suntikkan pulak. Jika masih berterusan sakit doktor akan buat pembedahan tau. Kalau utk sakit lutut doktor akan ganti lutut kita dgn lutut besi. Cara pembedahan sangat menakutkan. Doktor akan grill,ketuk lutut kita utk buang dan digantikan dgn lutut besi. Lps pembedahan bukan boleh terus jalan kene jalani therapy tau. Dan kos utk pembedahan sangat-sangat mahal. Hampir mencecah rm50k.


Dalam set sendi shaklee ada semua keperluan utk sendi kita.

Advance joint health complex


Advance joint health complex mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan didalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi didalam jangkamasa seawal 5 hari.
Ramuan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal;
- menggalakkan mobiliti
- meningkatkan fleksibiliti
- meningkatkan fungsi sendi
- menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang
Antara ingredient didalam AJHT
1) Ekstrak boswellia
2) Ekstrak jagung - membekalkan sumber glukosamin yang pekat.
3) Vitamin C
4) Zink
5) Kuprum
6) Mangganes

Omega guard

Omega guard shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan tau. I mega guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.
Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis,memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effective.


Ostematrix

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati,mengandungi kalsium,magnesium,fosforus dan vitamin D,zink,kuprum,manganes dan boron. Nutrien2 ini perlu diambil bersama-sama utk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.
Kalsium menghalang osteoprosis,menguatkan kuku,kerangka,gigi,sisten saraf. Ia juga merawat tulang retak,osteomalacia (rickets dewasa),kuku rapuh,eczema,kekejangan,gusi berdarah dan merangsang darah utj memekat.
Pilih la supplement yg paling sesuai utk ibu dan ayah kita. Jika nak bg hadiah kat ibu dan ayah boleh je contact linda ye. InsyaAllah semoga ayah dan ibu kita sentiasa sihat.

Lot of love
Lynnda Sharif
0182620512

Thursday 8 September 2016

Bagaimana Alfalfa membantu untuk menurunkan berat badan

Assalamualaikum
Ok kali ni linda nak kongsikan macam mane alfalfa boleh membantu utk turunkan berat badan.


Alfalfa complex adalah salah satu dari set kurus shaklee. Ia memainkan peranan sebagai pembakaran lemak dan juga agen detox. Alfalfa jika diambil dgn konsistent dapat membantu utk menurunkan berat badan. Dengan segala kebaikkan alfalfa dapat membantu mereka yg ingin mengurangkan berat badan. Haa bagaimana ia membantu utk menurunkan berat badan?
Dengan pengambilan yg konsistent alfalfa dpt membantu mereka yg ingin kurus. Selain itu alfalfa juga berfungsi sebagai kacip fatima khusus utk wanita ye. Tp yg lelaki jgn risau ia tidak akan effect apa2 pun kat diri korang kalau korang mengamalkan alfalfa. Alfalfa juga dpt mengekalkan cecair(water retention)

Antara alfalfa membantu utk menurunkan berat badan.

1. Memberi tenaga
Alfalfa complex mengandungi protin yang tinggi jadi ia membantu memberi tenaga walaupun kurang mengambil makanan. Alfalfa juga kaya dgn pelbagai mineral dan vitamin seperti kalsium,fosforus,magnesium, zat besi dan bioflavanoids. Biasa org bg alasan kena mkn sb takde tenaga. Dgn alfalfa mgkn anda tak perlukan alasan ini lagi. Alfalfa dpt membantu memberi tenaga berpanjangan jadi x perlu kita mengambil makanan yang banyak.

2. Memberi rasa kenyang

Alfalfa juga mempunyai fiber yg tinggi jadi ia memberi kita rase kenyang selepas pengambilan alfalfa dalam jangka masa yang lama.

3. Membersihkan usus dan detoks

Alfalfa juga membantu pergerakkan usus,proses perkumuhan dan pembuangan. Alfalfa juga membantu proses detoksifikasi bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh badan kita. Boleh dikatakan alfalfa sebagai agen pembersihan la. Bila usus bersih, penyerapan tinggi. Kita ambil supplement makan sayur dan sebagainya. Berlaku penyerapan optimum. Bila bdn kita dapat segala nutrisi dgn kadar mencukupi dgn penyerapan optimum. Ia akan betulkan semula segala keinginan kita teringin nak makan mcm2

Sebab tu linda sangat suka dengan alfalfa. Banyak sgt khasiatnye. Linda amalkan alfalfa dgn lecithin utk bantu linda kurus. Dan linda dah berjaya tau..
Boleh baca disini Akhirnya impianku tercapai

Jika anda ingin jadi seperti linda jangan malu2 contact linda ye..insya Allah linda akan bantu sahabat semua.

Lynnda Sharif
0182620512
Pengedar sah shaklee anda

Friday 19 August 2016

BABY SHAKLEE KU

Alhamdulillah 19 April 2016 lahir lah putera kedua ku yang bernama Muhd Aisy Arsyad.Tersangat cute baby. Hihi mesti la cute tgk mama nye la..

Ni la putera kedua linda. Dah besar dah die

Sepanjang mengandungkan Aisy alhamdulillah hb low dah xde dah. Anak-anak sebelum ni hb linda mmg low sangat sampai kene warded la. Masa mengandungkan kakak dan abg aisy linda akan warded 2 kali. First sbb hb low dan second mesti la sbb dah nak bersalin.
Nak tahu macam mana linda boleh atasi hb low masa preggy anak ke empat ni. Dah semestinya vitalea shaklee la.
Haa ni dia vitalea shaklee
KENAPA VITALEA SHAKLEE?

Ni dia multivitamin yang sgt best.

Linda mmg tak ley makan obimin,zink senang kata ubat2 yang doktor bg la. Memang takkan tertelan la. Walaupun pil tu kecik je. Memang akan keluar balik.
Tapi bile linda try vitalea alhamdulillah linda ley telan walaupun pil nye besar..huhu
Tahu tak vitalea ni dah berusia 100 tahun tau. Wow lama kan usia dia.
Kenapa linda pilih vitalea sbb vitalea adalah vitamin pertama didunia tau. Ia dihasilkan pada tahun 1915. Nama asalnya ialah vitalize-mineral. Dan ia dicipta oleh Dr Forest C. Shaklee. Perkataan vitamin yg kita dok sebut-sebut tu diambil dr perkataan vitalize-mineral.
Bentuk dia bukan mcm sekarang dia liquid dalam botol. Peningkatan teknologi dah merubah bentuknya kpd yang lebih mudah iaitu tablet dan ia dikenali vita-lea.
Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi yang lengkap. Ia juga mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral.
2 tablet vita-lea bersamaan dgn 40 jenis lauk. Wow banyakkan. Korang boleh ke makan 40 jenis lauk sehari. Haa linda memang tak la. So telan je 2 biji vita-lea. Tapi jgn la sampai tak makan lauk plak ye. Makan macam biasa la..
Vita-lea juga adalah tablet multivitamin paling pantas larut dalam air dan tubuh manusia. Mineral didalamnya mudah berintegrasi dgn protein utk penyerapan pantas oleh usus kecil.
Dan apa yang paling linda suka dgn vita-lea adalah ia dpt mengurangkan food craving tau. Tak de la asyik nak menguyah je kejenye. Dalam vita-lea ada pottasium. Kurangnya pottasium dalam badan akan menyebabkan kite ketagih makanan atau minuman manis-manis. Dan asyik rase nak mengunyah je. So ia sgt membantu mereka2 yg nak diet.
Ok la tu je la dulu ttg vita-lea ye. Selain vita-lea linda amik vita c dan juga Esp tau.
Baby Aisy paling putih diantara yang lain dan sgt bijak..
Kalau nak juga hb naik whatsapp je linda ye 0182620512 atau add je fb linda ye kat Lynnda Sharif. Insya Allah linda akan 
bantu.

Kesayangan linda. Sayang korg sampai jannah.

Salam sayang
Lynnda Sharif
0182620512

Monday 15 August 2016

Akhirnya impianku tercapai

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat blogger lynnda.

Ingat lagi tak lynnda pernah post pasal impian lynnda yang nak sangat kurus.. Yes I did it. Happy kot impian yang selama ni kita impi kan tercapai akhirnya.

Alhamdulillah berat badan lynnda berjaya juga turun sebanyak 13kg. Dari 62 kg sekarang 49 kg. Alhamdulillah,syukur sangat.

Dilema seorang yang dah berjaya transform.

Sekarang ni ramai betul tak caya yang lynnda dah kawin dan lagi la mereka tak caya yang lynnda ibu kepada 4 orang anak.

Masa gemuk dulu dah macam 10 orang anak. Muka kusam tak bermaya,nak solat pun mengah tau lagi la kalau nak turun naik tangga. Cepat penat

Alhamdulillah sekarang lynnda makin happy. Muka pun berseri-seri. Baju-baju lama pun dah boleh pakai dah.

Perubahan bentuk badan

Seriously lynnda tak perasan bila perubahan berat badan lynnda. Bila ramai yang cakap lynnda dah kurus baru la beria-ia nak gi timbang. Eh betul la dah kurus.

Hahaha tapi apa yang lynnda rasa lepas kurus ni senang nak beribadat,tak cepat megah,turun naik tangga berulangkali pun tak de hal la. Best sangat bila dah kurus ni.

Nak tahu apa yang lynnda amalkan? Semestinya supplement yang amat lynnda yakini. Shaklee la.

Lynnda amik set kurus tau. Lynnda amik lecithin,alfalfa dan Esp. Ok lynnda list out fungsi-fungsi setiap satu ye.

Lecithin
~ lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan Cara melekat pada lemak dalam Sarah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari melekat pada dinding membran.

Alfalfa
~ alfalfa berfungsi dalam menyingkirkan lemak dan kolestrol. Dengan penggunaan jangka masa panjang alfalfa akan menghapuskan lemak Dan mengurangkan kolestrol. Hanya alfalfa sahaja tau mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

Esp
~ Esp berfungsi untuk menguatkan otot badan dan memberi rasa kenyang yang berpanjangan.

Ni la antara fungsi-fungsi supplement yang lynnda amalkan. Alhamdulillah lynnda dpt turun sebanyak 13kg. Banyak tu. Yang penting kene consistent amalkan supplement dan jaga makan.

Nak tahu macam mana cara-cara lynnda amalkan supplement di atas? Feel free WhatsApp atau calling-calling lynnda ye. Insya Allah lynnda akan bantu sahabat-sahabat yang memerlukan.

Feel free to calling-calling me..

Lot of love
Lynnda Sharif
0182620512

Friday 10 April 2015

Aku yang sekarang bukan yang dulu!!

Assalamualaikum semua

Teringat kisah ku yang dulu dan sekarang. Rasa bersyukur sangat dengan pemberian Allah. Sekarang dapat meringakan bebanan mak dan ayah sikit.

KERISAUAN SI ANAK KECIL

Dulu masa kami adik beradik masih bersekolah setiap pagi sebelum naik bas untuk ke sekolah mesti tolong mak tolak kereta tolak untuk berniaga nasi lemak. Sementara tunggu bas saya dan kak long akan tolong mak dulu.

Dekat sekolah memang hati tak tenang,risau pun ada. Siapa la nak tolong mak tolakkan kereta tolak tu. Bila cuti saya akan tolong mak berniaga. Sedih tengok mak setiap pagi bangun pukul 4 pagi untuk siapkan jualan.

Balik dari berniaga,mak akan menyiapkan upahan menjahit. Mak tak pernah kenal erti penat untuk cari rezeki untuk kami adik beradik.

Kami sekeluarga sering menjadi umpatan oleh jiran tetangga. Depan mak baik sangat tapi belakang mak semua mengata kami. Kesian mak.

ALHAMDULILLAH IM MARRIED

Selepas saya berkahwin, kehidupan kami agak senang sikit. Suami banyak membantu keluarga saya. Time ni kak long belajar kat sabah. Suami saya banyak membantu dari segi kewangan,perbelanjaan universiti dan persekolahan adik-adik.

Suami sambung belajar di Kolej teknologi cybernatic(KTAC), kehidupan agak susah sikit sbb mana nak cari perbelanjaan rumah lagi,dengan persiapan kelahiran baby pertama kami lagi.

KEHIDUPAN SELEPAS BERUMAHTANGGA

Masa saya di labour room,percaya tak persiapan untuk baby langsung tak ada. Satu pun tak ada. Memang tak jangka akan keluar seawal 30 minggu. Lebih kurang 7 bulan. Memang tak jangka sangat. Mak saya dan mak mertua yang kelam kabut membeli persiapan untuk anak kami.

Selepas kelahiran anak sulung kami,suami mencari kerja semula. Siang belajar, malam bekerja. Habis je kelas suami akan bergerak dari KL untuk bekerja di KFC sg chua kajang. Habis kerja pukul 12,suami akan jenguk kami dan pulang ke hostel semula. Kesian tgk keadaan suami asyik ulang alik dari KL ke kajang. Masa ni suami pinjam moto ayah.

Lebih kurang setahun selepas tu,suami beli kereta iswara dari ayah. Alhamdulillah selesa sikit bila dah ada kereta ni. Anak pun dah besar.

Setahun kemudian lahir la anak kami yang kedua. Masa ni saya pantang sendiri. Mak kerja. Masa ini kehidupan kami agak senang sikit la. Sebulan lepas tu anak lelaki saya kena angin pasang. Banyak dah tempat bawa berubat x jugak sembuh-sembuh. Bawa g hospital,doc suruh operate. Waaaaaaa tak nak. Sedih kot tgk baby kena operate. Last-last biakan aja. Alhamdulillah sekarang dah elok. Cuma jaga dari segi pemakanan dia je la. Jangan bagi makan buah nangka,buah langsat dan seumpamanya la.


Ni la anak lelaki saya. Sekarang umur dia dah 4 tahun.

Lepas hampir 3 ahun suami bekerja di KFC sg chua,suami berhenti dan berniaga sendiri. Niaga burger. Mula-mula bukak burger memang susah sangat nak habiskan 1 bag roti burger. Sampai 4 ke 5 pagi jugak la. Sebulan lepas tu baru ok.

Lepas lahirkan anak yang bongsu,alhamdulillah suami fight tender kantin stesyen janaelektrik putrajaya dan menang. Yeeeaaaah suami dapat tender kantin sana. Alhamdulillah rezeki anak bongsu. Kehidupan kami bertambah baik.


Ni la budak kecik molek. kecik sangat. Masa nurse bawa bby ke nursery berselisih dgn papanya. Sampai papa dia boleh cakap anak siapa la kecik sangat ni. Haha


BAGAIMANA SHAKLEE MENGUBAH HIDUP SAYA

Pada 23 mei 2014, saya mula join shaklee. Time ni memang niat saja-saja je join shaklee ni. Nampak macam best je bonus yang shaklee akan bagi. Bulan 10,2014 saya berjumpa dgn nanny shaklee saya iaitu kak tiera. Lepas jumpa dia,banyak sangat dia ajar saya. Macam-macam. Dia tekankan jika nak berjaya perlu jaga hubungan dengan Allah. Solat awal waktu,sedekah,sentiasa berzikir. Alhamdulillah setelah mengenali shaklee,family shaklee,alhamdulillah solat saya terjaga. Solat sunat dhuha dan tahajjud yang sebelum ni tak pernah saya kerja kan,alhamdulillah dah istiqamah. Solat fardhu pon asyik tinggal je sebelum ni,nikan pulak solat sunat. Seriusly sejak masuk shaklee saya baru tahu tentang solat sunat dhuha.

Ok nak cerita tentang bonus pulak. Bonus pertama saya dalam shaklee adalah dalam rm20++. Walaupun sikit tapi upline saya cakap jika kita bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat,insyaAllah Allah akan tambah lagi. Saya peruntukkan utk mak rm10. Saya belanja mak topup. Lebih rm10 saya belanja suami makan. Apa la sangat rm10 kan. Tapi saya bersyukur sebab dapat bahagiakan insan tersayang.

Bulan seterusnya saya dapat rm50++. Bertambah lagi. Saya bagi mak rm 20. Selebihnya buat beli susu anak. Seterusnya saya dapat rm200. Wow time ni happy sangat. Banyak tu 3 angka. Tapi sedih sebab tak dapat bagi kat mak. Masa ni memang memerlukan banyak duit.


  




Saya nak sangat balas balik jasa mak,ibu mertua dan suami yang banyak sangat berkorban selama ni. Nak sangat tgk mereka happy. Nak tunaikan segala impian mereka. Saya amat berharap saya dapat bagi mak rm500 sebulan. Nak bawa mak dan ayah gi umrah dan haji. Teringat mak pernah bagitahu saya,mak nak sangat g umarah dan haji sebelum mak tutup mata. Sedih sangat bila mak ckp macam tu. InsyaAllah mak,one day kak ngah akan bawa mak g haji.

'Hargai la ibu bapa kita selagi mereka masih hidup. Jangan menyesal bila mereka sudah tiada.'

Hari ini mentor saya meminta kami semua untuk merenung kembali apa yang kami perolehi setelah bergelumang dengan bisnes shaklee. Untuk apa? Supaya kami sedar terlalu banyak nikmat Allah beri kepada kami. Nikmat memberi,nikmat ukhuwah persaudaraan,nikmat bonus yg kami perolehi. Saya telah dapat memberi mak sebahagian dari bonus yang saya perolehi. InsyaAllah saya akan beri lebih banyak lagi kepada mak dan ayah.

Buah hati, pengarang jantung saya. Tak dapat nak letak gambar mak. Sebab mak memang tak suka amik gambar.


Ok la sampai disini saja. Nnt saya cerita lagi di next entry ye.


Salam sayang dari saya,
Linda Sharif

Monday 23 March 2015

BETUL KE ESP SHAKLEE BOLEH MENYEBABKAN KANSER?!!



Assalammualaikum semua. Linda rasa ramai lagi yang tidak tahu soya ini ada dua jenis iaitu soya NON-GMO dan GMO. Kali nak cerita tentang perbezaan soya NON-GMO dan soyaGMO.


Non-gmo adalah organisma haiwan atau tumbuhan yang tidak diubah kandungan genetiknya. Gmo adalah organisma haiwan atau tumbuhan yang telah diubah kandungan genetiknya. Soya gmo adalah soya yang telah diubah genetiknya oleh manusia. Pada tahun 1999 satu kajian mendapat bahawa soya dapat mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan jantung. Sejak dari itu permintaan soya amat meningkat. Permintaan soya amat tinggi sehingga bekalan soya tidak mencukupi. Disebabkan itu la manusia mengubah kandungan genetik soya untuk soya tumbuh atau matang dengan lebih cepat.

Sebanyak 96% soya didunia adalah soya GMO. Boleh dikatakan soya yang anda amik seharian adalah soya GMO melainkan anda mengambil soya yang bertanda soya organic atau soya NON-GMO.

Tahu tak kajian terhadap pemberian makanan GMO ini kepada haiwan yang mengambil makanan berciri GMO ini akan mengalami:

1) ketumbuhan sel yang berpotensi pra kanser.

2) Kerosakkan sistem imunisasi

3) Kebarangkalian mempegaruhi hati,otak dan testikal yang lebih kecil.

4) hati melalui proses kemerosotan separa atau kepadatan meningkat.

5) Kadar kematian yang tinggi.

Soya memang amat bagus untuk kesihatan kita. Di negara jepun breast cancer amat kurang sebab warga jepun mengamalkkan pemakanan tauhu dari sumber kacang soya organic.

Kebiasaannya product soya akan diproses menggunakan alkohol yang bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavene yang bermanfaat pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan.



Tetapi tidak ESP shaklee ye. Kacang soya dibasuh menggunakan air supaya kandungan isoflavanes dan daidzin didalamnya yang penting untuk kesihatan terpelihara. Isoflavanes adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.





Kesimpulannya kacang soya memang bagus untuk kesihatan kita. Tetapi kita perlu bijak untuk memilih soya yg organic atau soya NON-GMO untuk kesihatan yang lebih baik.

Jadi lah pengguna yang bijak.


Lot of love
Linda
0182620512