Friday 10 April 2015

Aku yang sekarang bukan yang dulu!!

Assalamualaikum semua

Teringat kisah ku yang dulu dan sekarang. Rasa bersyukur sangat dengan pemberian Allah. Sekarang dapat meringakan bebanan mak dan ayah sikit.

KERISAUAN SI ANAK KECIL

Dulu masa kami adik beradik masih bersekolah setiap pagi sebelum naik bas untuk ke sekolah mesti tolong mak tolak kereta tolak untuk berniaga nasi lemak. Sementara tunggu bas saya dan kak long akan tolong mak dulu.

Dekat sekolah memang hati tak tenang,risau pun ada. Siapa la nak tolong mak tolakkan kereta tolak tu. Bila cuti saya akan tolong mak berniaga. Sedih tengok mak setiap pagi bangun pukul 4 pagi untuk siapkan jualan.

Balik dari berniaga,mak akan menyiapkan upahan menjahit. Mak tak pernah kenal erti penat untuk cari rezeki untuk kami adik beradik.

Kami sekeluarga sering menjadi umpatan oleh jiran tetangga. Depan mak baik sangat tapi belakang mak semua mengata kami. Kesian mak.

ALHAMDULILLAH IM MARRIED

Selepas saya berkahwin, kehidupan kami agak senang sikit. Suami banyak membantu keluarga saya. Time ni kak long belajar kat sabah. Suami saya banyak membantu dari segi kewangan,perbelanjaan universiti dan persekolahan adik-adik.

Suami sambung belajar di Kolej teknologi cybernatic(KTAC), kehidupan agak susah sikit sbb mana nak cari perbelanjaan rumah lagi,dengan persiapan kelahiran baby pertama kami lagi.

KEHIDUPAN SELEPAS BERUMAHTANGGA

Masa saya di labour room,percaya tak persiapan untuk baby langsung tak ada. Satu pun tak ada. Memang tak jangka akan keluar seawal 30 minggu. Lebih kurang 7 bulan. Memang tak jangka sangat. Mak saya dan mak mertua yang kelam kabut membeli persiapan untuk anak kami.

Selepas kelahiran anak sulung kami,suami mencari kerja semula. Siang belajar, malam bekerja. Habis je kelas suami akan bergerak dari KL untuk bekerja di KFC sg chua kajang. Habis kerja pukul 12,suami akan jenguk kami dan pulang ke hostel semula. Kesian tgk keadaan suami asyik ulang alik dari KL ke kajang. Masa ni suami pinjam moto ayah.

Lebih kurang setahun selepas tu,suami beli kereta iswara dari ayah. Alhamdulillah selesa sikit bila dah ada kereta ni. Anak pun dah besar.

Setahun kemudian lahir la anak kami yang kedua. Masa ni saya pantang sendiri. Mak kerja. Masa ini kehidupan kami agak senang sikit la. Sebulan lepas tu anak lelaki saya kena angin pasang. Banyak dah tempat bawa berubat x jugak sembuh-sembuh. Bawa g hospital,doc suruh operate. Waaaaaaa tak nak. Sedih kot tgk baby kena operate. Last-last biakan aja. Alhamdulillah sekarang dah elok. Cuma jaga dari segi pemakanan dia je la. Jangan bagi makan buah nangka,buah langsat dan seumpamanya la.


Ni la anak lelaki saya. Sekarang umur dia dah 4 tahun.

Lepas hampir 3 ahun suami bekerja di KFC sg chua,suami berhenti dan berniaga sendiri. Niaga burger. Mula-mula bukak burger memang susah sangat nak habiskan 1 bag roti burger. Sampai 4 ke 5 pagi jugak la. Sebulan lepas tu baru ok.

Lepas lahirkan anak yang bongsu,alhamdulillah suami fight tender kantin stesyen janaelektrik putrajaya dan menang. Yeeeaaaah suami dapat tender kantin sana. Alhamdulillah rezeki anak bongsu. Kehidupan kami bertambah baik.


Ni la budak kecik molek. kecik sangat. Masa nurse bawa bby ke nursery berselisih dgn papanya. Sampai papa dia boleh cakap anak siapa la kecik sangat ni. Haha


BAGAIMANA SHAKLEE MENGUBAH HIDUP SAYA

Pada 23 mei 2014, saya mula join shaklee. Time ni memang niat saja-saja je join shaklee ni. Nampak macam best je bonus yang shaklee akan bagi. Bulan 10,2014 saya berjumpa dgn nanny shaklee saya iaitu kak tiera. Lepas jumpa dia,banyak sangat dia ajar saya. Macam-macam. Dia tekankan jika nak berjaya perlu jaga hubungan dengan Allah. Solat awal waktu,sedekah,sentiasa berzikir. Alhamdulillah setelah mengenali shaklee,family shaklee,alhamdulillah solat saya terjaga. Solat sunat dhuha dan tahajjud yang sebelum ni tak pernah saya kerja kan,alhamdulillah dah istiqamah. Solat fardhu pon asyik tinggal je sebelum ni,nikan pulak solat sunat. Seriusly sejak masuk shaklee saya baru tahu tentang solat sunat dhuha.

Ok nak cerita tentang bonus pulak. Bonus pertama saya dalam shaklee adalah dalam rm20++. Walaupun sikit tapi upline saya cakap jika kita bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat,insyaAllah Allah akan tambah lagi. Saya peruntukkan utk mak rm10. Saya belanja mak topup. Lebih rm10 saya belanja suami makan. Apa la sangat rm10 kan. Tapi saya bersyukur sebab dapat bahagiakan insan tersayang.

Bulan seterusnya saya dapat rm50++. Bertambah lagi. Saya bagi mak rm 20. Selebihnya buat beli susu anak. Seterusnya saya dapat rm200. Wow time ni happy sangat. Banyak tu 3 angka. Tapi sedih sebab tak dapat bagi kat mak. Masa ni memang memerlukan banyak duit.


  




Saya nak sangat balas balik jasa mak,ibu mertua dan suami yang banyak sangat berkorban selama ni. Nak sangat tgk mereka happy. Nak tunaikan segala impian mereka. Saya amat berharap saya dapat bagi mak rm500 sebulan. Nak bawa mak dan ayah gi umrah dan haji. Teringat mak pernah bagitahu saya,mak nak sangat g umarah dan haji sebelum mak tutup mata. Sedih sangat bila mak ckp macam tu. InsyaAllah mak,one day kak ngah akan bawa mak g haji.

'Hargai la ibu bapa kita selagi mereka masih hidup. Jangan menyesal bila mereka sudah tiada.'

Hari ini mentor saya meminta kami semua untuk merenung kembali apa yang kami perolehi setelah bergelumang dengan bisnes shaklee. Untuk apa? Supaya kami sedar terlalu banyak nikmat Allah beri kepada kami. Nikmat memberi,nikmat ukhuwah persaudaraan,nikmat bonus yg kami perolehi. Saya telah dapat memberi mak sebahagian dari bonus yang saya perolehi. InsyaAllah saya akan beri lebih banyak lagi kepada mak dan ayah.

Buah hati, pengarang jantung saya. Tak dapat nak letak gambar mak. Sebab mak memang tak suka amik gambar.


Ok la sampai disini saja. Nnt saya cerita lagi di next entry ye.


Salam sayang dari saya,
Linda Sharif

Monday 23 March 2015

BETUL KE ESP SHAKLEE BOLEH MENYEBABKAN KANSER?!!



Assalammualaikum semua. Linda rasa ramai lagi yang tidak tahu soya ini ada dua jenis iaitu soya NON-GMO dan GMO. Kali nak cerita tentang perbezaan soya NON-GMO dan soyaGMO.


Non-gmo adalah organisma haiwan atau tumbuhan yang tidak diubah kandungan genetiknya. Gmo adalah organisma haiwan atau tumbuhan yang telah diubah kandungan genetiknya. Soya gmo adalah soya yang telah diubah genetiknya oleh manusia. Pada tahun 1999 satu kajian mendapat bahawa soya dapat mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan jantung. Sejak dari itu permintaan soya amat meningkat. Permintaan soya amat tinggi sehingga bekalan soya tidak mencukupi. Disebabkan itu la manusia mengubah kandungan genetik soya untuk soya tumbuh atau matang dengan lebih cepat.

Sebanyak 96% soya didunia adalah soya GMO. Boleh dikatakan soya yang anda amik seharian adalah soya GMO melainkan anda mengambil soya yang bertanda soya organic atau soya NON-GMO.

Tahu tak kajian terhadap pemberian makanan GMO ini kepada haiwan yang mengambil makanan berciri GMO ini akan mengalami:

1) ketumbuhan sel yang berpotensi pra kanser.

2) Kerosakkan sistem imunisasi

3) Kebarangkalian mempegaruhi hati,otak dan testikal yang lebih kecil.

4) hati melalui proses kemerosotan separa atau kepadatan meningkat.

5) Kadar kematian yang tinggi.

Soya memang amat bagus untuk kesihatan kita. Di negara jepun breast cancer amat kurang sebab warga jepun mengamalkkan pemakanan tauhu dari sumber kacang soya organic.

Kebiasaannya product soya akan diproses menggunakan alkohol yang bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavene yang bermanfaat pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan.



Tetapi tidak ESP shaklee ye. Kacang soya dibasuh menggunakan air supaya kandungan isoflavanes dan daidzin didalamnya yang penting untuk kesihatan terpelihara. Isoflavanes adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.





Kesimpulannya kacang soya memang bagus untuk kesihatan kita. Tetapi kita perlu bijak untuk memilih soya yg organic atau soya NON-GMO untuk kesihatan yang lebih baik.

Jadi lah pengguna yang bijak.


Lot of love
Linda
0182620512


Friday 20 March 2015

KESERONOKKAN JADI AHLI SHAKLEE!!!

Dah lama tak update blog. Mesti korang semua rindukan nak dengar celoteh linda. Hihihi

Hari ini berkesempatan hadir health and wealth talk shaklee. Banyak sangat ilmu yg linda dapat. Kali ini talk tentang kesihatan wanita. Kenapa kalsium amat penting untuk wanita? bagaimana nak kita protein yang kita perlukan dalam badan? Apa hubungan ESP dan insulin? linda jugak belajar tentang penjagaan muka. Dalam shaklee ade 2 jenis product untuk muka...nutriwhite dan enfulselle. Linda belajar setiap satu product ni.

Best tau pergi kelas-kelas macam ni. memang berbaloi sangat. Rasa macam nak pergi lagi je.

Sebab tu linda sayang sangat dengan life time work linda iaitu shaklee. Best rugi tau tak jadi salah satu family shaklee linda. InsyaAllah bulan 4 atau 5 ni shaklee nak buat karnival. Wow bestnya.. tak sabar nak tunggu waktu tu.

Ok la sampai disini dulu ye. Kalau nak jadi family shaklee linda boleh whatsapp linda je ye. InsyaAllah linda akan bantu anda semua.

Biar gambar yang berbicara.

Family mummy shaklee dan sparkle.



Tengah khusyuk mendengar soalan dari salah seorang yang hadir.

Kami di rumah nanny tiera(nenek shaklee linda) tq nanny sebab gorengkan keropok lekor untuk kami



Lot of love
Linda
0182629512

Monday 2 February 2015

APA SHAKLEE WAJIB PERGI KELAS!!!!

Haa suspen tak tajuk entry kali ni. Saya tahu ramai yang berpendapat kalau join shaklee mesti wajib pergi kelas. Oh no no no.

Shaklee tak mewajibkan ahlinya pergi ke kelas. Jadi sahabat-sahabat semua tak perlu risau tentang kelas yang dianjurkan oleh shaklee atau group-group leader. Memang tak diwajibkan.

Kalau tengok saya,memang saya suka pergi kelas sama ada anjuran shaklee atau leader group saya yang anjurkan. Sebab dengan menghadiri kelas-kelas ni saya dapat menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada. Lagi pulak dapat berkenalan dengan ramai kawan. Dapat sedut aura semangat dari mereka.

Jangan risau jika sahabat-sahabat semua join ahli bawah saya, saya akan beri semua ilmu yang saya tahu kepada anda. Apa yang saya tahu saya akan kongsi bersama ahli group saya.

Join la shaklee rasai keistimewaannya dan keseronokkannya. Saya suka join shaklee. Best tau.

Sekarang biar gambar yang berbicara


Ni kelas anjuran group jutawan GLC


Ni kelas anjuran shaklee.



 Nampak tak keseronokkan saya menghadiri kelas. Saya dulu kalau pergi mana-mana kelas memang akan mengantuk. Tapi join kelas-kelas ni saya memang tak ngamtuk langsung tau. Segar je mata.

Ok la sampai disini dulu. Jumpa lagi next entry pula ye.

Salam sayang,
Linda 0182620512
Sid 1147326

Sunday 1 February 2015

TEA YANG SANGAT ISTIMEWA

Rasanya dah lama saya tak berblog. Sangat sibuk bulan lepas.

Ok la dalam entry kali ni saya nak cerita tentang cinch energy tea mix shaklee. Ramai yang tahu dalam set slimming shaklee ada Esp (my fav one),lecithin,omega,alfalfa,herblax,cinch shake dan cinch energy tea mix.

Cinch energy tea mix adalah energy booster. Cinch energy tea mix sangat sesuai untuk mereka yang nak berdiet tapi susah nak exersice. Cinch energy tea mix boleh meningkatkan metabolism dalam badan untuk membakar lemak. Haa kalau minum cinch energy tea mix memang akan berpeluh-peluh la.

Cinch energy tea mix adalah campuran teh-teh terpilih iaitu teh merah,teh hijau dan teh putih. Antara bahan-bahannya adalah:

  • Taurina
  • Maltodextrin-bahan daripada jagung
  • Rooibos Red Tea Extract-tumbuhan herba dariAfrika. Dikenli sebagai "The Miracle Tea" atau "Long Life Tea".
  • Green Tea Extract.
  • White Tea Extract-teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
  • Matcha Green Tea Powder-teh hijau gred tertinggi dari Jepun

Cukup la sekadar tau nama-nama teh ni ye. 

Sekarang nak cerita pulak manfaat dalam cinch energy tea mix. 

Antaranya adalah untuk:
  • Anti-mikrob
  • Imunostimulan
  • Anticarcinogenic (anti kanser)
  • Anti -inflammatory
  • Perlindungan terhadap penyakit jantung
  • Anti-oksidan-perlindungan dari kanser
  • Mengawal kerosakan DNA
  • Menurunkan paras kalori dan kolestrol
  • Detoxifiers
  • Meningkatkan tenaga dan metabolism untuk membakar lemak. Boost metabolism sehingga 4 kali ganda.

Siapa yang memerlukan cinch energy tea mix shaklee.

Sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan untuk bertenaga sepanjang hari. Juga untuk yang ingin berdiet dan ingin menurunkan berat badan.




 Ni la dia tea hijau,extract tea merah,extract tea putih dan extract rooibos tea merah.

boleh dihidang panas atau sejuk. 



Berminat ke berminat? Boleh whatsapp linda ye. Linda akan berikan consultion dan jadual minum secara percuma.

Lot of love
Linda 0182620512

Saturday 17 January 2015

MAJLIS PERTUNANGAN SEPUPU SAYA

Alhamdulillah majlis semalam berjalan dengan lancar. Syukur kehadrat illahi.

Ehh ni bukan majlis saya tau. Hihihi majlis tunang sepupu saya. Siti suliza binti mahad.

Orangnye kecik je. Agak gelap tapi lepas make up nampak cerah. Lawa. Hahaha jeles aku.


 Haa ni la die sepupu saya nak kecik molek.

Walaupun majlis agak kelam kabut sikit tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Yang bestnya majlis semua sepupu-sepupu saya dpt berkumpul. Da lama tak berkumpul ramai-ramai.

Ok la saya belanja gambar pulak la ye.

Saya dan siti suliza. Ni la sepupu kesayangan saya.
Kami tumpang sekaki.



Barang hantaran utk diserah kan kpd pihak lelaki


Sepupu saya,husband dan anak dara saya.

Majlis yang memeriahkan

Lot of love
Linda 0182620512
sid 1147326



KENANGAN DI ZAMAN PERSEKOLAHAN

Tadi berborak dengan kak era teringat pulak tentang perangai saya yang sebenar.

Time sekolah dulu saya suka berjalan. Kalau balik sekolah seorang mesti saya akan pilih jalan kaki. Tapi kalau balik dengan kakak atau adik saya,saya akan pilih naik bas. Saya suka jalan sorang-sorang. Lalu pulak tempat yg sunyi. Bila fikir balik berani jugak saya ni.

Kalau nak pergi mana-mana saya lebih suka pergi sendiri. Mungkin sebab memang dari kecik saya tak ramai kawan dan lebih suka menyendiri.

Setiap kali saya lalu tempat yang sunyi saya akan sering berzikir mintak pertolongan dari Allah. Mak selalu bising sebab saya ni berani sangat jalan tempat-tempat sunyi.

Haa kalau nak tahu saya ni sebenarnya pemalu. Memang tak banyak cakap tapi kalau orang tu memang ngam dengan saya akan letih la orang tu dengar suara saya. Saya akan bercakap je. Ada je cerita saya.

Saya ada cakap saya ni memang tak ramai kawan tapi sejak join shaklee saya dapat ramai kawan. Dari semua negeri ada. Best dapat kenal dengan mereka semua. Mereka tak pernah merendah-rendahkan saya,kutuk-kutuk saya. Mereka sangat baik dengan saya. Sentiasa bagi semangat. Sama-sama ingin berjaya. Sama-sama saling bantu-membantu.

Saya rasa bersyukur sangat sebab ditemukan dengan shaklee. Alhamdulillah syukur pada yang masa esa.

Ok la sampai disini sahaja.


Lot of love
Linda 0182620512

Friday 9 January 2015

BETUL KE JOIN SHAKLEE NI SERONOK?

Assalamualaikum semua

Dah lama saya tak berblog. Rindu nak menaip ni. Entry kali ni saya nak bercerita tentang keseronokkan menghadiri kelas nutrisi shaklee.



Hari ni la first time saya pergi HQ shaklee di pinnacle sunway dengan husband. Kira kali ke dua la. First pergi dgn upline saya hadiri KEMBARA GLC. Tapi first pergi sendirj dengan husband.

Saya sampai dalam pukul 9.00 am. Kelas start pukul 10.00 am. Ada lagi sejam untuk masuk kelas. Kami pergi la sarapan dulu. Pukul 9.30 kak yani mesej beritahu dah sampai.

Dalam pukul 9.50 kami gerak dari kedai mamak. Haa time ni la kami pusing banyak kali jugak cari jalan nak masuk ke pinnacle. Berpusing-pusing. Akhirnya jumpa. Saya lambat 5 minit. Pukul 10.05 baru masuk kelas.

Husband saya tak terus balik rumah tapi tunggu saya sampai habis kelas. Katanya malas nak balik. Nak datang balik jauh. Saya amat berbangga menpunyai suami seperti beliau.

Dalam kelas kami belajar semua product shaklee. Dapat tengok video tentang kolestrol. Takut sekarang ni orang muda pon boleh kena penyakit jantung,strock,dan macam-macam penyakit lagi.



Kami tengok video cara by pass dibuat. Doktor akan buat macam highway untuk laluan darah dan doktor akan stopkan sekejap degupan jantung kita. Lepas habis buat highway baru doktor akan menghidup kan kembali jantung kita. Antara risiko terbesar nya adalah jika jantung kita tidak kembali berdegup. Wah takutnya.





Kami tengok video cara operate tulang lutut digantikan dengan besi. Ngilu sangat. Da macam orang buat rumah. Dengan drillnye,ketuk-ketuknya. Takut

Kami makan tengah hari di restorant al-mubarah. Dalam hati ingat restorant mamak je. Tapi pikir balik takkan la shaklee nak belanja kat restorant mamak. Rupenye restorant arabian. Wah bestnya. Merasa nasi arab di restorant arab.


Tengah makan memang hati tak tenang sebab teringatkan husband. Kesian dia tak makan lagi. Nasi saya,saya bungkus kan separuh untuk husband. Sebab kalau nak pergi kedai makan memang da tak sempat. Kelas start balik pukul 2. Lepas makan saya terus pergi tengok suami kt parking. Kesian tengok dia sanggup tunggu saya selama 8 jam.


Selepas belajar semua tentang product kami diberi tugasan berkumpulan. Saya dapat kumpulan vivix. Kak yani dapat kumpulan collagen.

Sayangnya kumpulan saya kalah. Tapi kumpulan kak yani menang kumpulan terbaik. Tahniah kak yani. 

Ok la setakat sini sahaja entry kali ini. Tapi memang seronok sangat pergi kelas nutrisi. Yang paling best tempat makan. Pehh sedap. Hahaha. Dan jugak ilmu yang saya dapat hari ini amat bermakna buat saya. Thank you shaklee.


 Ni la kumpulan vivix saya




Ni pulak kumpulan kak yani

Saya bersama nutritionist nurul. Tinggi sangat kak nurul ni.terasa diri ku kecik

Yang ni nutritionist eli. Kak eli ni comel je

Yang ni la kak yani. Kira sideline saya



Lot of love

Linda 1147326
0182620512