Friday 10 April 2015

Aku yang sekarang bukan yang dulu!!

Assalamualaikum semua

Teringat kisah ku yang dulu dan sekarang. Rasa bersyukur sangat dengan pemberian Allah. Sekarang dapat meringakan bebanan mak dan ayah sikit.

KERISAUAN SI ANAK KECIL

Dulu masa kami adik beradik masih bersekolah setiap pagi sebelum naik bas untuk ke sekolah mesti tolong mak tolak kereta tolak untuk berniaga nasi lemak. Sementara tunggu bas saya dan kak long akan tolong mak dulu.

Dekat sekolah memang hati tak tenang,risau pun ada. Siapa la nak tolong mak tolakkan kereta tolak tu. Bila cuti saya akan tolong mak berniaga. Sedih tengok mak setiap pagi bangun pukul 4 pagi untuk siapkan jualan.

Balik dari berniaga,mak akan menyiapkan upahan menjahit. Mak tak pernah kenal erti penat untuk cari rezeki untuk kami adik beradik.

Kami sekeluarga sering menjadi umpatan oleh jiran tetangga. Depan mak baik sangat tapi belakang mak semua mengata kami. Kesian mak.

ALHAMDULILLAH IM MARRIED

Selepas saya berkahwin, kehidupan kami agak senang sikit. Suami banyak membantu keluarga saya. Time ni kak long belajar kat sabah. Suami saya banyak membantu dari segi kewangan,perbelanjaan universiti dan persekolahan adik-adik.

Suami sambung belajar di Kolej teknologi cybernatic(KTAC), kehidupan agak susah sikit sbb mana nak cari perbelanjaan rumah lagi,dengan persiapan kelahiran baby pertama kami lagi.

KEHIDUPAN SELEPAS BERUMAHTANGGA

Masa saya di labour room,percaya tak persiapan untuk baby langsung tak ada. Satu pun tak ada. Memang tak jangka akan keluar seawal 30 minggu. Lebih kurang 7 bulan. Memang tak jangka sangat. Mak saya dan mak mertua yang kelam kabut membeli persiapan untuk anak kami.

Selepas kelahiran anak sulung kami,suami mencari kerja semula. Siang belajar, malam bekerja. Habis je kelas suami akan bergerak dari KL untuk bekerja di KFC sg chua kajang. Habis kerja pukul 12,suami akan jenguk kami dan pulang ke hostel semula. Kesian tgk keadaan suami asyik ulang alik dari KL ke kajang. Masa ni suami pinjam moto ayah.

Lebih kurang setahun selepas tu,suami beli kereta iswara dari ayah. Alhamdulillah selesa sikit bila dah ada kereta ni. Anak pun dah besar.

Setahun kemudian lahir la anak kami yang kedua. Masa ni saya pantang sendiri. Mak kerja. Masa ini kehidupan kami agak senang sikit la. Sebulan lepas tu anak lelaki saya kena angin pasang. Banyak dah tempat bawa berubat x jugak sembuh-sembuh. Bawa g hospital,doc suruh operate. Waaaaaaa tak nak. Sedih kot tgk baby kena operate. Last-last biakan aja. Alhamdulillah sekarang dah elok. Cuma jaga dari segi pemakanan dia je la. Jangan bagi makan buah nangka,buah langsat dan seumpamanya la.


Ni la anak lelaki saya. Sekarang umur dia dah 4 tahun.

Lepas hampir 3 ahun suami bekerja di KFC sg chua,suami berhenti dan berniaga sendiri. Niaga burger. Mula-mula bukak burger memang susah sangat nak habiskan 1 bag roti burger. Sampai 4 ke 5 pagi jugak la. Sebulan lepas tu baru ok.

Lepas lahirkan anak yang bongsu,alhamdulillah suami fight tender kantin stesyen janaelektrik putrajaya dan menang. Yeeeaaaah suami dapat tender kantin sana. Alhamdulillah rezeki anak bongsu. Kehidupan kami bertambah baik.


Ni la budak kecik molek. kecik sangat. Masa nurse bawa bby ke nursery berselisih dgn papanya. Sampai papa dia boleh cakap anak siapa la kecik sangat ni. Haha


BAGAIMANA SHAKLEE MENGUBAH HIDUP SAYA

Pada 23 mei 2014, saya mula join shaklee. Time ni memang niat saja-saja je join shaklee ni. Nampak macam best je bonus yang shaklee akan bagi. Bulan 10,2014 saya berjumpa dgn nanny shaklee saya iaitu kak tiera. Lepas jumpa dia,banyak sangat dia ajar saya. Macam-macam. Dia tekankan jika nak berjaya perlu jaga hubungan dengan Allah. Solat awal waktu,sedekah,sentiasa berzikir. Alhamdulillah setelah mengenali shaklee,family shaklee,alhamdulillah solat saya terjaga. Solat sunat dhuha dan tahajjud yang sebelum ni tak pernah saya kerja kan,alhamdulillah dah istiqamah. Solat fardhu pon asyik tinggal je sebelum ni,nikan pulak solat sunat. Seriusly sejak masuk shaklee saya baru tahu tentang solat sunat dhuha.

Ok nak cerita tentang bonus pulak. Bonus pertama saya dalam shaklee adalah dalam rm20++. Walaupun sikit tapi upline saya cakap jika kita bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat,insyaAllah Allah akan tambah lagi. Saya peruntukkan utk mak rm10. Saya belanja mak topup. Lebih rm10 saya belanja suami makan. Apa la sangat rm10 kan. Tapi saya bersyukur sebab dapat bahagiakan insan tersayang.

Bulan seterusnya saya dapat rm50++. Bertambah lagi. Saya bagi mak rm 20. Selebihnya buat beli susu anak. Seterusnya saya dapat rm200. Wow time ni happy sangat. Banyak tu 3 angka. Tapi sedih sebab tak dapat bagi kat mak. Masa ni memang memerlukan banyak duit.


  




Saya nak sangat balas balik jasa mak,ibu mertua dan suami yang banyak sangat berkorban selama ni. Nak sangat tgk mereka happy. Nak tunaikan segala impian mereka. Saya amat berharap saya dapat bagi mak rm500 sebulan. Nak bawa mak dan ayah gi umrah dan haji. Teringat mak pernah bagitahu saya,mak nak sangat g umarah dan haji sebelum mak tutup mata. Sedih sangat bila mak ckp macam tu. InsyaAllah mak,one day kak ngah akan bawa mak g haji.

'Hargai la ibu bapa kita selagi mereka masih hidup. Jangan menyesal bila mereka sudah tiada.'

Hari ini mentor saya meminta kami semua untuk merenung kembali apa yang kami perolehi setelah bergelumang dengan bisnes shaklee. Untuk apa? Supaya kami sedar terlalu banyak nikmat Allah beri kepada kami. Nikmat memberi,nikmat ukhuwah persaudaraan,nikmat bonus yg kami perolehi. Saya telah dapat memberi mak sebahagian dari bonus yang saya perolehi. InsyaAllah saya akan beri lebih banyak lagi kepada mak dan ayah.

Buah hati, pengarang jantung saya. Tak dapat nak letak gambar mak. Sebab mak memang tak suka amik gambar.


Ok la sampai disini saja. Nnt saya cerita lagi di next entry ye.


Salam sayang dari saya,
Linda Sharif