Friday, 9 January 2015

BETUL KE JOIN SHAKLEE NI SERONOK?

Assalamualaikum semua

Dah lama saya tak berblog. Rindu nak menaip ni. Entry kali ni saya nak bercerita tentang keseronokkan menghadiri kelas nutrisi shaklee.



Hari ni la first time saya pergi HQ shaklee di pinnacle sunway dengan husband. Kira kali ke dua la. First pergi dgn upline saya hadiri KEMBARA GLC. Tapi first pergi sendirj dengan husband.

Saya sampai dalam pukul 9.00 am. Kelas start pukul 10.00 am. Ada lagi sejam untuk masuk kelas. Kami pergi la sarapan dulu. Pukul 9.30 kak yani mesej beritahu dah sampai.

Dalam pukul 9.50 kami gerak dari kedai mamak. Haa time ni la kami pusing banyak kali jugak cari jalan nak masuk ke pinnacle. Berpusing-pusing. Akhirnya jumpa. Saya lambat 5 minit. Pukul 10.05 baru masuk kelas.

Husband saya tak terus balik rumah tapi tunggu saya sampai habis kelas. Katanya malas nak balik. Nak datang balik jauh. Saya amat berbangga menpunyai suami seperti beliau.

Dalam kelas kami belajar semua product shaklee. Dapat tengok video tentang kolestrol. Takut sekarang ni orang muda pon boleh kena penyakit jantung,strock,dan macam-macam penyakit lagi.



Kami tengok video cara by pass dibuat. Doktor akan buat macam highway untuk laluan darah dan doktor akan stopkan sekejap degupan jantung kita. Lepas habis buat highway baru doktor akan menghidup kan kembali jantung kita. Antara risiko terbesar nya adalah jika jantung kita tidak kembali berdegup. Wah takutnya.





Kami tengok video cara operate tulang lutut digantikan dengan besi. Ngilu sangat. Da macam orang buat rumah. Dengan drillnye,ketuk-ketuknya. Takut

Kami makan tengah hari di restorant al-mubarah. Dalam hati ingat restorant mamak je. Tapi pikir balik takkan la shaklee nak belanja kat restorant mamak. Rupenye restorant arabian. Wah bestnya. Merasa nasi arab di restorant arab.


Tengah makan memang hati tak tenang sebab teringatkan husband. Kesian dia tak makan lagi. Nasi saya,saya bungkus kan separuh untuk husband. Sebab kalau nak pergi kedai makan memang da tak sempat. Kelas start balik pukul 2. Lepas makan saya terus pergi tengok suami kt parking. Kesian tengok dia sanggup tunggu saya selama 8 jam.


Selepas belajar semua tentang product kami diberi tugasan berkumpulan. Saya dapat kumpulan vivix. Kak yani dapat kumpulan collagen.

Sayangnya kumpulan saya kalah. Tapi kumpulan kak yani menang kumpulan terbaik. Tahniah kak yani. 

Ok la setakat sini sahaja entry kali ini. Tapi memang seronok sangat pergi kelas nutrisi. Yang paling best tempat makan. Pehh sedap. Hahaha. Dan jugak ilmu yang saya dapat hari ini amat bermakna buat saya. Thank you shaklee.


 Ni la kumpulan vivix saya




Ni pulak kumpulan kak yani

Saya bersama nutritionist nurul. Tinggi sangat kak nurul ni.terasa diri ku kecik

Yang ni nutritionist eli. Kak eli ni comel je

Yang ni la kak yani. Kira sideline saya



Lot of love

Linda 1147326
0182620512

No comments:

Post a Comment